• Senator Wanita AS Pertama Lahirkan Anak

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Tuesday, 10 April 2018
    A- A+

    WASHINGTON: Senator Amerika Syarikat (AS), Tammy Duckworth selamat melahirkan anak perempuannya, sekali gus menjadi senator wanita pertama AS yang menerima cahaya mata ketika memegang jawatan berkenaan.

    Lapor BBC.com, Duckworth berkata, anak perempuannya itu dinamakan sebagai Maile Pearl Bowlsbey bersempena dengan ibu saudara kepada suaminya, yang berkhidmat menjadi jururawat ketika Perang Dunia Kedua.

    Maile Pearl dilahirkan di hospital di Washington semalam dan merupakan anak kedua kepada pasangan terbabit.- Utusan Online

    Subjects:

  • No Comment to " Senator Wanita AS Pertama Lahirkan Anak "