• Sembilan Pelajar Sekolah Menengah Ditahan Kes Belasah Pelajar

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Tuesday, 17 April 2018
    A- A+

    SHAH ALAM - Polis telah menahan sembilan pelajar yang dipercayai terlibat dalam kes sepak dan pukul seorang pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah di sini semalam.

    Kesemua mereka ditahan kira-kira pukul 11.30 pagi di hadapan sebuah sekolah menengah di sini.

    Ia susulan laporan polis yang dibuat mangsa berusia 17 tahun yang dibelasah sekumpulan pelajar lain selepas dipaksa menyanyikan lagu 'Happy Birthday' sehingga video kejadian itu tular di laman sosial.

    Ketua Jabatan Siasaran Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, kesemua yang ditahan merupakan pelajar sekolah tingkatan lima sekolah tersebut.

    "Bagaimanapun, kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan polis selepas siasatan selesai pada pukul 4.45 petang semalam," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini sebentar tadi.

    Fadzil memberitahu, berdasarkan siasatan awal, kejadian itu dikatakan berlaku kira-kira pukul 11 pagi pada 8 Februari lalu yang mana mangsa sebelum itu sedang berada di dalam kelas selepas tamat waktu rehat.

    Katanya, pihaknya telah melengkapkan kertas siasatan dan akan diserahkan kepada Pengarah Pendakwaan Negeri untuk arahan lanjut. - K! ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Sembilan Pelajar Sekolah Menengah Ditahan Kes Belasah Pelajar "