• 'Saya Tidak Tahu' - Abang Johari

    Published: Tuesday, 17 April 2018
    A- A+

    "Saya tidak tahu," demikian jawapan diberikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ketika ditanya mengenai calon Barisan Nasional (BN) Sarawak yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    Baru-baru ini, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, senarai calon BN akan diumumkan tujuh atau 10 hari sebelum hari penamaan calon pada 28 April.

    Terdapat 31 kerusi parlimen dipertandingkan di Sarawak.

    Sebanyak 14 kerusi diperuntukkan kepada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) tujuh kerusi, Parti Rakyat Sarawak (PRS) enam kerusi dan Parti Progresif Demokratik (PDP) empat kerusi.

    Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), BN Sarawak kalah enam daripada 31 kerusi yang ditandingi merangkumi Bandar Kuching, Stampin, Sarikei, Sibu, Lanang dan Miri.

    Abang Johari sebelum ini berkata, beliau yakin BN Sarawak mampu mengekalkan kerusi yang dimenangi selain merampas kembali tiga kerusi daripada pembangkang.-Sarawakiana



    Subjects:

  • No Comment to " 'Saya Tidak Tahu' - Abang Johari "