• Sarawak Sentiasa Dekat Di Hati Najib

    Published: Friday, 6 April 2018
    A- A+


    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi berkata, Sarawak begitu dekat di hati beliau ketika berucap di Miri beberapa hari yang lepas.

    Sejak dari mula memegang jawatan sebagai pemimpin nombor satu negara, Najib terus berkata sedemikian dengan membuktikan kekerapannya melawat Sarawak.

    Program ‘walk about’ membuktikan komitmen beliau terhadap negeri ini serta secara langsung bertemu dan mendengar masalah rakyat di lapangan

    Secara realistiknya, Najib melakukan seperti apa yang dikata dan bukan hanya sekadar berjanji. Sebanyak 60 kali melawat Sarawak, Najib melakukan program walk about sebanyak 163 lokasi dilawati.

    Bukan hanya melawat tetapi memberi peruntukkan bagi melaksanakan projek yang berkepentingan untuk rakyat. Menurut Najib, beliau memberi jaminan Sarawak tidak terlepas dalam agenda pembangunan dan tuntutan hak negeri tetap akan dikembalikan.

    Empangan Bakun sebagai contoh hak Sarawak telah di kembalikan. Empangan Bakun balik kepada kerajaan negeri Sarawak kerana empangan ini boleh membekalkan tenaga elektrik yang boleh menarik ramai pelabur datang ke negeri ini.

    Justeru negeri ini mampu meningkatkan kewangan negeri serta pembangunan akan dapat dilaksanakan dengan lebih hebat lagi.

    Dengan kerjasama erat kerajaan negeri dan pusat, Najib turut beri jaminan yang beliau berusaha sedaya upaya untuk jadikan Sarawak sebagai salah sebuah negeri termaju di Malaysia pada masa hadapan.

    Subjects:

  • No Comment to " Sarawak Sentiasa Dekat Di Hati Najib "