• Samarahan Bakal Ada Jejambat Pertama Untuk Elak Kesesakan

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Friday, 27 April 2018
    A- A+

    KOTA SAMARAHAN: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pembinaan jejambat di bulatan Jalan Datuk Mohamad Musa bakal dibina bagi mengatasi masalah kesesakan jalan raya yang dialami penduduk Samarahan.

    Memetik laporan Utusan Borneo, katanya, projek tersebut dijangka bermula dalam masa terdekat ini.

    Menurutnya lagi, pembinaan jejambat itu bagi memudahkan aliran trafik di kawasan tersebut terutama ketika waktu puncak.

    “Kami menerima banyak rungutan berkaitan masalah ini daripada masyarakat khasnya penduduk yang berulang-alik ke bandar raya Kuching setiap hari.

    “Kerajaan akan cuba sedaya upaya membantu penduduk bagi mengatasi masalah ini secepat mungkin,” katanya.

    Sementara itu beliau memberitahu, pelebaran jalan daripada dua lorong dari bulatan tersebut hingga ke Batu 7, Kota Sentosa (Jalan Muara Tuang) kepada empat lorong juga akan dilaksanakan tidak lama lagi.

    “Ini adalah bagi menyediakan jalan alternatif yang lebih selesa kepada penduduk Samarahan sekali gus mengurangkan kesesakan di Jalan Expressway Samarahan-Kuching,” tambahnya.

    Bagaimanapun, beliau tidak menjelas lanjut tarikh dan kos pelaksanaan projek tersebut. – Sarawakiana
  • No Comment to " Samarahan Bakal Ada Jejambat Pertama Untuk Elak Kesesakan "