• Salman Khan Dijel 5 Tahun

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Thursday, 5 April 2018
    A- A+

    NEW DELHI: Bintang Bollywood Salman Khan dipenjara lima tahun dan denda 10,000 rupee (RM594) oleh mahkamah di Jodhpur, India kerana memburu antelop ‘blackbuck’ secara haram dan membunuh dua haiwan spesies terancam itu 20 tahun lalu.

    Salman, 52, didakwa melakukan kesalahan itu di Kankani, Jodhpur ketika penggambaran filem Hum Saath Saath Hain pada September 1998.

    AFP melaporkan pendakwa, Mahipal Bishnoi berkata, dia boleh merayu terhadap hukuman itu.

    Selain Salman, pelakon Saif Ali Khan, Sonali Bendre, Tabu dan Neelam Kothari turut didakwa selain penduduk tempatan Dushyant Singh, tetapi dibebaskan, lapor Hindustan Times.

    Ini bukan kali pertama Salman berdepan tindakan undang-undang.

    Pada 2015 Mahkamah Tinggi di Mumbai mengetepikan sabitannya dalam kes langgar lari membabitkan tuduhan merempuh kumpulan orang ramai yang tidur di kaki lima yang meragut satu nyawa dan mencederakan empat yang lain.-Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Salman Khan Dijel 5 Tahun "