• Salang Sedia Berkhidmat Untuk Penggal Akan Datang

    Published: Monday, 9 April 2018
    A- A+

    Bahang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) makin dirasai walaupun tarikh sebenar hari penting itu masih belum diumumkan lagi.

    Semuanya masih menjadi teka-teki termasuklah calon yang bakal mewakili Barisan Nasional (BN).

    Namun penyandang empat penggal kerusi parlimen Julau, Datuk Joseph Salang Gandum berkata, beliau bersedia sepenuhnya untuk berkhidmat pada penggal akan datang.

    "Sebenarnya ia keputusan presiden parti (Parti Rakyat Sarawak) Tan Sri Datuk Amar Dr James Masing untuk saya sekali lagi bertanding.

    "Secara peribadinya saya tidak melobi untuk dicalonkan kembali. Nama saya antara enam calon yang dikemukakan kepada kepimpinan tertinggi BN untuk bertanding pada PRU14," katanya seperti yang dilaporkan The Borneo Post.

    Beliau yang juga Setiausaha Agung PRS berkata, beliau menerima cabaran daripada presidennya untuk terus bertanding.

    "Khabar angin menyatakan nama saya digugurkan atau saya terlalu tua untuk berkhidmat atau saya orang merupakan cabaran saya.

    "Jadi saya sekarang berada dalam landasan, abaikan sahaja mereka," ujarnya.-Sarawakiana


    Subjects:

  • No Comment to " Salang Sedia Berkhidmat Untuk Penggal Akan Datang "