• Rusia,AS gagal capai kata sepakat isu senjata kimia di Syria

    Published: Wednesday, 11 April 2018
    A- A+
    NEW YORK 11 April - Rusia dan Amerika Syarikat ( AS) semalam gagal memenangi sokongan di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bagi cadangan menyiasat penggunaan senjata kimia di Syria.

    Rusia menggunakan kuasa veto menyekat resolusi yang dikemukakan Amerika bagi mewujudkan sebuah jawatankuasa mengenalpasti dalang serangan gas toksik selepas bahan kimia didakwa digunakan dalam serangan di bandar dikuasai pemberontak Syria di Douma, baru-baru ini.

    Ia merupakan kali ke-12 Rusia menggunakan kuasa veto mereka di UNSC bagi menghalang tindakan dikenakan ke atas sekutu mereka, Syria. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Rusia,AS gagal capai kata sepakat isu senjata kimia di Syria "