• Rubiah Wang Mahu Kota Samarahan Terus Membangun

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Thursday, 26 April 2018
    A- A+

    KUCHING – Kota Samarahan yang terletak kira-kira 30 kilometer dari bandar raya ini menyaksikan pembangunan yang pesat dari segi infrastruktur asas, ekonomi dan sosioekonomi khususnya dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.

    Rubiah Wang yang dicalonkan semula oleh Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan kerusi parlimen itu berkata beliau akan terus komited berkhidmat untuk penduduk Kota Samarahan sekiranya diberi peluang mewakili mereka sepenggal lagi.

    “Pada masa ini, saya merasakan kita masih memerlukan peningkatan dari sudut prasarana, khasnya infrastruktur asas seperti elektrik, air dan sebagainya. Justeru, saya mahu buat satu transformasi ekonomi selaras dengan manifesto BN untuk memastikan ekonomi digital dipraktikan dan dapat menguntungkan orang di kawasan luar bandar secara amnya,” katanya.

    Beliau ditemui pemberita selepas penyerahan watikah calon BN oleh Pengerusi BN Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, di sini hari ini.

    Pada masa sama, Rubiah menyeru pengundi di kawasan itu agar menunaikan tanggungjawab mereka pada 9 Mei ini dan memberikan sokongan padu kepada BN untuk memastikan Kota Samarahan terus menikmati pembangunan yang rancak. – BERNAMA
  • No Comment to " Rubiah Wang Mahu Kota Samarahan Terus Membangun "