• Rompak Bank Nak Lamar Taylor Swift

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Friday, 13 April 2018
    A- A+

    RHODE ISLAND (AMERIKA SYARIKAT): Seorang lelaki yang ‘gilakan’ penyanyi Taylor Swift sanggup merompak bank dan mencampakkan wang ke dalam pekarangan rumahnya untuk menarik perhatiannya, lapor media hari ini.

    Bruce Rowley, 26, didakwa merompak bank di Ansonia, Connecticut pada 4 April lalu sebelum memandu 96.5 kilometer ke Westerly, Rhode Island untuk melamar Taylor, lapor The Guardian.

    Dia kemudian mencampakkan wang sebanyak AS$1,600 (RM6,200) yang dicuri ke dalam pekarangan rumah agam penyanyi terbabit itu.

    Menurut USA Today, dia ditangkap Khamis minggu lalu selepas tiba semula di Connecticut.

    Bruce memberitahu polis perancangannya mahu mengahwini Taylor.

    Lelaki itu kemudian dibenarkan jaminan AS$100,000 (RM390,000) oleh mahkamah.-Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Rompak Bank Nak Lamar Taylor Swift "