• RM25 juta peruntukan Mikro Kredit E-Dagang golongan muda Cina

    Reporter: Admin
    Published: Sunday, 1 April 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR 1 April - Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan sebanyak RM25 juta bagi pelaksanaan program Mikro Kredit E-Dagang untuk golongan muda Cina hari ini.

    Perdana Menteri berkata, peruntukan itu diharap memudahkan golongan sasaran mendapatkan modal awal perniagaan yang sebelum ini terhalang akibat beberapa faktor antaranya syarat ketat bank.

    “Saya berharap melalui inisiatif Mikro Kredit E-Dagang ini kita mampu mencapai hasil hebat dalam masa singkat da-lam sekurang-kurangnya tiga perkara utama.

    “Pertama menggalakkan kewujudan usahawan berasaskan teknologi dalam kalangan golongan muda, kedua menambah baik kualiti hidup golongan muda khususnya dalam hal pendapatan dan kualiti kehidupan.

    “Dan yang ketiga, menggubah perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tradisional supaya kekal kompetitif dan releven, selain membantu produk luar bandar memasuki pasaran global,” katanya ketika berucap dalam majlis Pelancaran Mikro Kredit E-Dagang di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " RM25 juta peruntukan Mikro Kredit E-Dagang golongan muda Cina "