• RM1.6 Bilion Projek Melalui Kementerian Kerja Raya

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Monday, 23 April 2018
    A- A+

    TANAH MERAH - Kerajaan persekutuan telah memperuntukkan sejumlah lebih RM1.6 bilion untuk projek pembangunan di negeri ini di bawah kendalian Kementerian Kerja Raya.

    Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, peruntukkan itu membabitkan keseluruhan 15 projek pembangunan yang kini sedang dalam pelaksanaan.

    Beliau berkata, segala projek pembangunan yang dilaksanakan itu membuktikan Kerajaan Persekutuan sentiasa mengambil perhatian terhadap pembanguna. negeri Kelantan

    “Ini hanya projek yang dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) sahaja termasuk jalan serta pembangunan insfrastruktur seperti bangunan gunasama persekutuan dan banyak lagi.

    “Semua projek-projek yang terlibat ini sudah dirancang sekian lama dan bukannya dirancang untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) cuma mungkin ada kebetulan dilaksanakan pada musim ini,” katanya.

    Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Permulaan Kerja Projek Pembinaan Bangunan Tambahan Hospital Tanah Merah di sini hari ini.

    Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.

    Dalam pada itu, Fadillah berkata, pembinaan bangunan tambahan hospital Tanah Merah yang menelan kos sebanyak RM147.6 juta itu dijangka siap pada Oktober 2021. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " RM1.6 Bilion Projek Melalui Kementerian Kerja Raya "