• Riot Sedia Pertahankan Parlimen Serian

    Published: Tuesday, 10 April 2018
    A- A+

    Penyandang Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot Jaem menegaskan beliau akan mempertahankan kerusi Barisan Nasional (BN) di Serian pada Pilihan Raya Ke-14 (PRU14).

    Katanya, beliau juga berharap akan dicalonkan semula walaupun kedengaran khabar angin mengatakan beliau tidak dicalonkan semula di kerusi tersebut.

    Memetik laporan Utusan Borneo, menurutnya, sasaran dan harapannya supaya Sarawak akan mempunyai kuasa berkaitan dan suara masyarakat Serian kuat didengari di Putrajaya.

    “Selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh pengundian nanti, Serian akan memperjuangkan ‘tagline’ ‘Bersama BN, Hebatkan Serian’,” katanya.

    Beliau yang juga merupakan Timbalan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) mengingatkan masyarakat di Serian agar menyokong dan memberi kemenangan majoriti yang besar kepada BN.

    “Saya sengaja menggunakan baju bernombor 31 yang bermakna di Sarawak ada 31 kerusi dan saya sebagai anak Sarawak dan bangsa Sarawak mahu 31 kerusi Parlimen jatuh ke tangan BN,” ujarnya.

    Riot memakai baju bernombor 31 semalam kerana menganggapnya keramat bagi penduduk di Serian yang melambangkan jumlah kawasan Parlimen di seluruh negeri dengan harapan agar tempat-tempat lain yang pernah dipimpin DAP akan kembali mengundi BN semula. – Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Riot Sedia Pertahankan Parlimen Serian "