• Rakyat Zimbabwe Dibenar Pohon Lesen Tanam Ganja

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Sunday, 29 April 2018
    A- A+

    Semua rakyat Zimbabwe dibenarkan memohon lesen menanam ganja bagi tujuan penyelidikan dan perubatan, menjadikan negara selatan Afrika itu yang kedua berbuat demikian, selepas Lesotho tahun lalu.

    Sehingga kini, penanaman, pemilikan atau penggunaan ganja adalah salah di sisi undang-undang Zimbabwe dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 12 tahun jika sabit kesalahan.

    Menteri Kesihatan, David Parirenyatwa mengeluarkan peraturan baru itu hari ini yang membenarkan mana-mana individu dan syarikat diberikan lesen bagi menanam ganja atau dikenali sebagai mbanje di kalangan penduduk tempatan.

    Lesen boleh diperbaharui selama lima tahun itu membenarkan peladang memiliki, mengangkut dan menjual ganja segar atau kering serta yang sudah diproses untuk dijadikan minyak.

    Permohonan bagi mendapatkan lesen itu perlu disertakan bersama pelan tapak tanaman, kuantiti yang akan dihasilkan dan tempoh pengeluaran.

    Ia boleh ditolak jika kerajaan menerima sebarang maklumat daripada pihak berkuasa seperti Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) yang menyatakan

    pemohon terbabit dalam penyalahgunaan atau penjualan bahan kawalan itu di pasaran haram.

    “Menteri tidak akan bertolak ansur jika kelulusan, pembaharuan atau pindaan lesen itu memberikan risiko terhadap keselamatan atau kesihatan awam,” kata peraturan terbabit.-Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Rakyat Zimbabwe Dibenar Pohon Lesen Tanam Ganja "