• PRU14: TPM Serah Borang Pencalonan

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Saturday, 28 April 2018
    A- A+


    BAGAN DATUK – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyerahkan borang pencalonan di pusat penamaan calon di Dewan Gemilang Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh di sini, untuk mempertahankan kerusi Parlimen Bagan Datuk pada Pilihan Raya Umum ke-14 ini.

    Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu tiba di dewan berkenaan pada 8.40 pagi bersama-sama calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rungkup Datuk Shahrul Zaman Yahya dan calon kerusi DUN Hutan Melintang Datuk Khairuddin Tarmizi.

    Terdahulu, ketiga-tiga mereka yang diiringi kira-kira 5,000 penyokong, berarak dari tapak pembinaan Teedo Resort di sini pada 8.30 pagi menuju ke pusat penamaan calon berkenaan.

    Ketika berucap di hadapan penyokong, Ahmad Zahid meminta pengundi di kawasan itu agar terus memberi mandat kepada BN bagi membolehkan parti berkenaan meneruskan kesinambungan pembangunan.

    Ahmad Zahid menyandang kerusi Parlimen Bagan Datuk sejak 1995. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " PRU14: TPM Serah Borang Pencalonan "