• PRU14: Seorang Wanita Antara Muka Baharu Ditampilkan PRS

    Published: Monday, 16 April 2018
    A- A+

    KUCHING: Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Dr James Masing berkata seorang calon wanita antara muka baharu ditampilkan parti tersebut untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    Memetik laporan Utusan Borneo, katanya, PRS telah mengemukakan dua nama muka baharu dimana seorang daripada mereka adalah wanita dan kedua-duanya berusia lingkungan 50-an.

    Menurutnya, dua muka baharu tersebut dijangka akan bertanding di Parlimen Lubok Antu dan Selangau yang kini masing-masing disandang William Nyallau dan Datuk Joseph Entulu Belaun.

    "Terdapat dua muka baharu dan seorang adalah wanita tetapi ia (nama calon) akan diumumkan nanti.

    "Kedua-duanya profesional dengan seorang daripadanya merupakan pendakwa raya dan seorang penasihat undang-undang di Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA)," katanya.

    Beliau berkata, dua kerusi berkenaan menampilkan muka baharu atas faktor usia dan faktor tidak setia kepada parti.

    Tambah Masing, daripada enam kerusi yang dipertandingkan, empat masih dikekalkan penyandangnya serta dua adalah muka baharu yang kini telah diserahkan senarai kepada ketua menteri dan perdana menteri.

    Sementara itu Masing yang juga timbalan ketua menteri berkata, PRS yakin senarai nama yang diserahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) untuk PRU14 tidak akan ditolak.

    Beliau berkata, ia berdasarkan senarai nama PRS pada PRU12 dan PRU13 diterima kepimpinan tertinggi BN sama ada negeri atau pusat sekali gus memenangi semua kerusi. – Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " PRU14: Seorang Wanita Antara Muka Baharu Ditampilkan PRS "