• PRU14: Masyarakat Dayak Perlu Terus Sokong BN

    Published: Thursday, 12 April 2018
    A- A+

    Masyarakat Dayak digesa menyokong Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata Setiausaha Agung Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Joseph Salang Gandum.

    "Ia penting agar suara masyarakat Dayak lebih kedengaran di peringkat pusat dalam memastikan lebih banyak pembangunan dapat dilaksanakan," katanya seperti yang dilaporkan The Borneo Post.

    Tambahnya, pemimpin Dayak kini memegang pelbagai jawatan penting di peringkat negeri.

    "Presiden kita sendiri (Tan Sri Datuk Amar Dr James Masing) merupakan timbalan ketua menteri dan menteri pembangunan infrastruktur dan pengangkutan.

    "Kemudian kita ada seorang lagi timbalan ketua menteri Datuk Amar Douglas Uggah yang juga menteri pemodenan pertanian, tanah adat dan pembangunan wilayah.

    "Kita juga ada Dato Sri Michael Manyin sebagai menteri pendidikan, sains dan penyelidikan teknologi dan Dato Sri Dr Stephen Rundi (menteri utiliti," ujarnya.

    Sehubungan itu, Salang berkata, adalah penting untuk masyarakat tersebut mengekalkan penyandang Dayak yang merupakan pemimpin senior.

    Beliau menjelaskan, masyarakat Dayak masih memerlukan bantuan dan perhatian sewajarnya.-Sarawakiana


    Subjects:

  • No Comment to " PRU14: Masyarakat Dayak Perlu Terus Sokong BN "