• PRU14: Gerald Rentap Harap Ada Calon Pemuda BN Sarawak Dicalon

    Published: Thursday, 12 April 2018
    A- A+

    Pemuda Barisan Nasional (BN) Sarawak berharap calon yang bakal diturunkan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dikalangan wakil pergerakan tersebut.

    Ketuanya, Gerald Rentap Jabu berkata, pergerakan tersebut tidaklah mendesak namun adalah baik jika Pemuda diberi beberapa kerusi.

    "Saya tidak berhasrat untuk memohon tetapi kami berharap terhadap muka baharu dari Pemuda dipilih sebagai calon BN pada PRU14," katanya seperti yang dilaporkan The Borneo Post.

    Beliau berkata, menurunkan calon muda akan memberi kelebihan kerana mudah untuk mendampingi golongan belia dan anak muda.

    "Secara jujurnya, saya tidak mahu memberitahu kepada awam kita melobi untuk kerusi.

    "Jadi, adalah baik untuk membiarkan kepimpinan tertinggi BN membuat keputusan," ujarnya.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " PRU14: Gerald Rentap Harap Ada Calon Pemuda BN Sarawak Dicalon "