• PRU14: George Lagong Kembali, Bertanding Mewakili PH

    Published: Tuesday, 10 April 2018
    A- A+

    Selepas sepi daripada arena politik Sarawak, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelagus, George Lagong diberitakan bertanding mewakili Pakatan Harapan (PH) pada Pilian Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    Menguatkan lagi khabar angin itu, Lagong dilihat bersama bekas calon Parti Tindakan Demokratik (DAP) di Pelagus, Bedindang Manjah di sebuah kedai kopi di Kapit.

    Beliau berkata, kunjungan ke Kapit adalah untuk bertemu kawan dan penduduk untuk berbincang mengenai situasi di Kapit.

    Lagong menjadi ADUN Pelagus selama sepenggal dari 2011 hingga 2016.

    Beliau memenangi kerusi tersebut menggunakan tiket bebas sebelum menyertai Parti Pekerja Sarawak (SWP).-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " PRU14: George Lagong Kembali, Bertanding Mewakili PH "