• PRU14: Dr Sim Gesa Masyarakat Cina Sarawak Sokong BN

    Published: Monday, 16 April 2018
    A- A+

    Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Dr Sim Kui Hian menggesa masyarakat Cina negeri ini terus memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    Memetik laporan The Borneo Post, beliau berkata, sokongan masyarakat Cina juga penting bagi memastikan kemenangan besar dapat dilakar BN.

    Malah menurutnya, sokongan masyarakat tersebut terutama yang tinggal di bandar perlu ditingkatkan walaupun masyarakat Bumiputera sentiasa berdiri teguh bersama BN.

    "Sokongan masyarakat Cina dan Bumiputera berbeza terutama mereka yang tinggal di bandar.

    "Jadi saya berharap kali ini (PRU14), komuniti Cina memberi sokongan padu kepada BN," katanya.

    Beliau menambah, sokongan daripada masyarakat Cina masih kurang memuaskan.

    "Kita mahu menyapu bersih kerusi yang ditandingi kali ini dan merampas kembali kerusi yang kalah termasuk Miri," ujarnya.

    Sehubungan itu, kata Dr Sim, adalah penting untuk rakyat negeri ini termasuk Cina bersatu dalam menyokong BN.-Sarawakiana



    Subjects:

  • No Comment to " PRU14: Dr Sim Gesa Masyarakat Cina Sarawak Sokong BN "