• PRU14: Christopher Gira Ajak Pengundi Selangau Sokong Calon Wanita

    Published: Tuesday, 17 April 2018
    A- A+

    Selepas tarikh Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) diketahui, persoalan kini berkisar tentang calon yang bakal ditampilkan terutama bagi mewakili Barisan Nasional (BN).

    Pelbagai spekulasi dibuat berhubung calon yang bakal ditampilkan BN, ada yang mengatakan penyandang kerusi bakal digantikan selain permintaan peringkat akar umbi supaya penyandang dikekalkan.

    Malah, ada kawasan parlimen juga berkeinginan calon wanita ditampilkan bagi mewakili suara rakyat di Dewan Rakyat apabila menang nanti.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin Christopher Gira mengajak pengundi di Parlimen Selangau menyokong calon wanita yang ditampilkan Parti Rakyat Sarawak (PRS) pada PRU14.

    Kenyataan Christopher itu membayangkan BN akan menurunkan calon wanita di kerusi Parlimen Selangau dan Rita Insol sudah pasti menjadi pilihan bagi menggantikan penyandang Datuk Joseph Entulu Belaun.

    “Pada PRU14 ini, PRS pertama kalinya mencadangkan seorang wanita mewakili parti itu bagi kerusi Parlimen di kawasan ini.

    “Justeru, semua rayat terutama golongan wanita di kawasan ini (Selangau) diseru agar menyokong calon wanita BN daripada PRS itu nanti,” katanya seperti dilaporkan Utusan Borneo.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " PRU14: Christopher Gira Ajak Pengundi Selangau Sokong Calon Wanita "