• PRU14: Beri Mandat Penuh Kepada BN Bagi Mudahkan Pengembalian Hak Sarawak

    Published: Monday, 9 April 2018
    A- A+

    Pengembalian hak Sarawak yang termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) tidak memberi sebarang makna jika rakyat negeri ini tidak memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    Memetik laporan The Borneo Post, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, rakyat Sarawak perlu terus bersama BN pada PRU14 untuk mengekalkan kerajaan sedia ada yang ikhlas dan setia merancang untuk masa depan rakyat serta negeri.

    "Saya faham ramai pihak gembira dengan kenyataan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) mengenai pengembalian hak Sarawak di bawah MA63.

    "Saya juga tahu diperingkat akar umbi, usaha kita merancakkan pembangunan industri minyak dan gas di Sarawak bersama Petronas mencapai tahap yang dikehendaki.

    "Namun semua ini tidak memberi sebarang makna jika Sarawak tidak selamat, tidak stabil dan tidak mempunyai mandat penuh untuk memastikan apa yang dirancang dilaksanakan," katanya.

    Tambahnya, kementeriannya juga akan sentiasa memastikan Sarawak dilindungi daripada sebarang ancaman.

    Pada masa sama beliau berharap kerajaan negeri dapat melihat kebajikan anggota tentera yang bertugas di Sarawak.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " PRU14: Beri Mandat Penuh Kepada BN Bagi Mudahkan Pengembalian Hak Sarawak "