• PRU-14: PAS Tanding Lebih 150 Kerusi

    Published: Monday, 16 April 2018
    A- A+

    KOTA BHARU: Pas memuktamadkan 95 peratus calon-calon akan bertanding mewakili parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara.

    Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Pas mengesahkan akan bertanding melebihi 150 kerusi Parlimen serta sebahagian besar kerusi DUN di setiap negeri.

    “Majlis Pengisytiharan calon Pas akan diadakan serentak di setiap negeri pada 19 April ini kecuali Sabah dan Sarawak pada 21 April dan Kelantan 25 April.

    “Jawatankuasa Harian Pas Pusat juga telah menerima dan meluluskan permohonan bekas Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim menyertai parti itu sekali gus menjadi ahli seumur hidup Pas,” katanya.

    Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas Mesyuarat Jawatankuasa Harian Pas Pusat di Pulau Pinang, malam tadi.

    Mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.- UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " PRU-14: PAS Tanding Lebih 150 Kerusi "