• PRS Pastikan Tiada Anasir Khianat Dalam Parti

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Tuesday, 24 April 2018
    A- A+


    KUCHING – Parti Rakyat Sarawak (PRS) akan memastikan tiada anasir khianat yang boleh memecah-belahkan partinya untuk terus melangkah ke hadapan.

    Justeru, Presidennya Tan Sri James Masing menyifatkan tindakan beliau memecat timbalan serta naib presiden parti Ahad lepas adalah wajar.

    “Mereka boleh lakukan apa sahaja yang dikehendaki tetapi saya tidak boleh menerima perpecahan dalam anggota majlis dan pengkhianat Barisan Nasional (BN) dalam parti saya,” katanya.

    Beliau ditemui di perkarangan ibu pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) selepas Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengumumkan nama calon-calon BN Sarawak untuk Pilihan Raya Umum ke-14.

    Ahad lalu, beliau memecat Timbalan Presiden PRS Datuk Joseph Entulu Belaun dan Naib Presiden Datuk William Nyalau Badak serta tiga lagi anggota Majlis Tertinggi kerana dikatakan ‘mengganggu kesatuan parti’.

    Entulu, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, adalah penyandang kerusi Parlimen Selangau, manakala Nyalau merupakan penyandang kerusi Parlimen Lubok Antu. – BERNAMA
  • No Comment to " PRS Pastikan Tiada Anasir Khianat Dalam Parti "