• Proton Terima 170 Permohonan Untuk Naik Taraf 3S/4S

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Monday, 16 April 2018
    A- A+


    KUALA LUMPUR - Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd. (Proton) menerima 170 permohonan untuk menaik taraf pusat 3S/4S dalam kalangan peniaga sedia ada dan pelabur baharu dalam tempoh tiga bulan, dengan 66 permohonan dinilai dan diluluskan.

    Dalam satu kenyataan hari ini, Proton berkata, proses manaik taraf itu merupakan sebahagian daripada inisiatif bagi memastikan kejayaan sinergi, susulan pengambilalihan 49.9 peratus sahammnya oleh Zhejiang Geely Holdings Group (Geely), China.

    "Pemakaian sistem skor audit kualiti produk Geely - adaptasi sistem yang digunakan oleh Volvo Cars - membantu mengenal pasti isu dan menyumbang kepada pengukuhan skor audit merentas semua model.

    "Lebih banyak inisiatif dijangkakan tahun ini ketika Proton bersiap sedia untuk membina kereta yang sepadan kualiti pengeluar kereta premium," katanya.

    Sementara itu, bagi April, Proton berkata, ia menawarkan pembiayaan sifar peratus kepada pembeli kereta kali pertama bagi model Proton Iriz (varian Eksekutif dan Premium), Proton Ertiga (semua varian) dan Proton Exora (semua varian), yang mengambil pinjaman untuk tempoh lima tahun dengan Hong Leong Bank.

    Bagi pembelian Proton Saga dan Persona (hanya Premium CVT), pembeli akan menerima body kit percuma bagi tempahan yang dibuat sepanjang April.

    Selain itu, rebat juga diberikan ke atas model lain Proton selain insentif menarik ke atas baki stok kereta yang dikeluarkan pada 2017. - Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Proton Terima 170 Permohonan Untuk Naik Taraf 3S/4S "