• Prestasi Bekalan Elektrik Negara Dapat Pengiktirafan Dunia

    Published: Tuesday, 10 April 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Malaysia mendahului 182 negara termasuk United Kingdom dan Singapura, dalam senarai Laporan Global Mengenai Bekalan Elektrik Harga Berpatutan dan Boleh Diharapkan yang diterbitkan baru-baru ini.

    Malaysia juga menduduki tempat kelapan dalam kalangan 190 negara dalam kategori 'Mendapatkan Bekalan Elektrik', berdasarkan Laporan Menjalankan Perniagaan Bank Dunia 2018, sekali gus menyaksikan negara mengekalkan kedudukan tinggi dalam senarai terbabit, yang membuktikan pembekalan elektrik negara boleh diharapkan.

    Penarafan dunia itu dibuat berasaskan beberapa standard seperti pembekalan yang boleh diharapkan, ketelusan kadar tarif, kos penyambungan bekalan yang mampu milik, kemudahan proses mendapatkan bekalan di mana hanya 31 hari diperlukan bagi penyambungan ke grid utama elektrik di Malaysia berbanding purata 78 hari di negara lain.

    Kedudukan Malaysia itu mampu dicapai berikutan usaha gigih dan kerjasama erat antara Suruhanjaya Tenaga serta Tenaga Nasional Bhd (TNB), yang melaksanakan pelbagai inisiatif seperti permohonan dalam talian bagi keselesaan pelanggan serta memendekkan masa menunggu, sekali gus menjadikan keseluruhan proses permohonan lebih mudah lagi cepat.

    Sebelum ini, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, dipetik berkata semua inisiatif berkenaan selaras dengan dasar kerajaan bagi membekalkan tenaga elektrik pada kadar tarif mampu milik, mudah diperoleh dan pembekalan yang mampan.

    Senarai 20 negara teratas senarai 'Mendapatkan Bekalan Elektrik'

    1. Emiriah Arab Bersatu (UAE)

    2. Korea Selatan

    3. Taiwan

    4. Hong Kong

    5. Jerman

    6. Sweden

    7. Switzerland

    8. Malaysia

    9. United Kingdom

    10. Russia

    11. Iceland

    12. Singapura

    13. Thailand

    14. San Marino

    15. Republik Czech

    16. Denmark

    17. Jepun

    18. Panama

    19. Slovenia

    20. Finland

    - BH Online

    Subjects:

  • No Comment to " Prestasi Bekalan Elektrik Negara Dapat Pengiktirafan Dunia "