• PPBM Dibubarkan

    Published: Thursday, 5 April 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) diarah supaya dibubarkan sementara ekoran penubuhannya tidak menepati undang-undang pendaftaran pertubuhan.

    Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), Surayati Ibrahim mengesahkan mengeluarkan arahan pembubaran sementara ekoran kegagalan parti itu membekalkan dokumen dalam tempoh yang diberikan.

    Arahan itu berdasarkan Seksyen 14(5) Akta Pertubuhan 1966 yang memberi kuasa kepada Pendaftar untuk mengeluarkan kuasa pembubaran sementara sesebuah pertubuhan jika gagal membekalkan butiran yang diperlukan.

    PPBM ditubuhkan pada 8 September 2016 dan bakal bergabung denan DAP, PAN dan PKR pada pilihan raya umum ke 14 (PRU14) di bawah Pakatan Harapan.

    Pembubaran itu menimbulkan tanda tanya di bawah lambang parti mana pemimpin mereka akan bertanding pada PRU14 nanti.- UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " PPBM Dibubarkan "