• Polis temui motosikal suspek bunuh Dr Fadi

    Reporter: Admin
    Published: Wednesday, 25 April 2018
    A- A+

    Polis mengesahkan penemuan motosikal yang dipercayai digunakan suspek dalam kes bunuh pensyarah warga Palestin, Dr Fadi Mohammed Al Batsh, berhampiran Tasik Danau Kota, ibu kota petang Selasa.

    Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata kenderaan itu ditemui dalam keadaan baik dan siasatan terperinci sedang dijalankan.

    “Ya, polis memang ada temui motosikal itu yang disyaki digunakan suspek.

    “Namun, saya tidak boleh mendedahkan butirannya,” katanya selepas menghadiri Taklimat Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) Peringkat Kontinjen Selangor, Selasa.

    Fadi dilaporkan ditembak mati dari jarak dekat pada pagi Sabtu oleh dua lelaki dipercayai ejen perisikan asing.

    Ketika kejadian, beliau dilaporkan dalam perjalanan menuju ke masjid untuk mengerjakan solat Subuh berhampiran kediamannya di Setapak.- BNBBC News

    Subjects:

  • No Comment to " Polis temui motosikal suspek bunuh Dr Fadi "