• Polis beri kebenaran kepada juruaudit 1MDB rujuk dokumen asal - Arul Kanda

    Reporter: Admin
    Published: Sunday, 29 April 2018
    A- A+

    SHAH ALAM, 28 April (Bernama) -- Firma audit Parker Randall, yang dilantik sebagai juruaudit baharu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kini boleh merujuk kepada dokumen asal yang dirampas polis sebelum ini untuk menyiapkan laporan kewangan syarikat pelaburan strategik negara itu.

    Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, berkata polis telah memberi kebenaran kepada firma audit itu bulan lepas untuk mengakses beberapa dokumen asal termasuk lejar dan baucar pembayaran.

    "Dengan ketiadaan dokumen asal, juruaudit 1MDB tidak dapat menyelesaikan audit syarikat," katanya ketika ditemui pemberita selepas memberikan ceramah isu-isu semasa mengenai 1MDB di sini, malam ini.

    Beliau berkata polis telah mengambil pelbagai dokumen asal daripada pejabat 1MDB bagi tujuan siasatan pada Julai 2015.

    Justeru, 1MDB tidak dapat membentangkan laporan tahunannya untuk tahun 2015, 2016, 2017, berdasarkan alasan bahawa dokumen-dokumen penting masih dalam simpanan pihak polis.

    Syarikat audit antarabangsa itu merupakan juruaudit keempat yang dilantik 1MDB, selepas Ernst & Young, KPMG dan Deloitte, sejak ditubuhkan pada 2009.. -- BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Polis beri kebenaran kepada juruaudit 1MDB rujuk dokumen asal - Arul Kanda "