• PM Ucap Takziah Kepada Keluarga Awang Adek

    Published: Monday, 16 April 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada Pengerusi Mara, Datuk Dr. Awang Adek Hussin di atas pemergian anak lelakinya, Ahmad Azram malam tadi.

    Beliau turut mendoakan semoga seluruh keluarga tabah menghadapi dugaan serta roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT.

    “Terima berita Ahmad Azram, anakanda kepada Datuk Dr. Awang Adek Hussin telah pulang ke rahmatullah hari ini. Takziah kepada keluarga. Semoga tabah menghadapi dugaan, saya doakan roh dicucuri rahmat. Al-Fatihah,” katanya menerusi laman Twitter miliknya hari ini.

    Allahyarham Ahmad Azram, 33, meninggal dunia di kediamannya di Jalan Tropicana Utama, Petaling Jaya malam tadi.

    Ahmad Azram yang masih bujang menghembuskan nafas terakhir pada pukul 11.40 malam tadi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini. -UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " PM Ucap Takziah Kepada Keluarga Awang Adek "