• PM Ucap Tahniah Pasangan Penerjun Negara

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Saturday, 28 April 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada pasangan penerjun negara, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong kerana mencipta sejarah memenangi pingat emas pada kejohanan Diving World Series di Montreal, Kanada.

    Perdana Menteri berkata, kemenangan pasangan atlet negara dalam acara sukan berprestij itu menjadi kebanggaan negara kerana berjaya mengukir nama Malaysia dalam persada sukan berkenaan.

    “Tahniah @Pandelela_R & @cheongjunhoong cipta sejarah bawa pulang Emas dalam Diving World Series di Montreal, kali pertama Malaysia menang dalam acara berprestij ini. Hebat!,” katanya dalam Twitter beliau, hari ini.

    Dalam kejohanan dunia itu, Pandalela dan Jun Hoong berjaya menewaskan pasangan dari Korea Utara, Kim Mi-rae-Kim Kuk-hyang yang membawa pulang pingat perak dan pasangan dari China, Zhang Minjie-Zhang Jiaqi (gangsa).

    Pasangan tuan rumah, Meaghan Benfeito-Caeli McKay pula sekadar menduduki tangga keempat. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " PM Ucap Tahniah Pasangan Penerjun Negara "