• PM ucap Tahniah Atlet Negara Di Sukan Komanwel 2018

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Monday, 16 April 2018
    A- A+


    KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah dan berterima kasih kepada semua atlet negara yang menyumbang pingat dan mewakili Malaysia pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia.

    “Kontinjen Malaysia tamatkan #GC2018 dengan 7 emas, mengatasi sasaran! Tahniah dan terima kasih semua atlet negara yang menyumbang pingat dan juga yang bertanding atas nama Malaysia, saudara dan saudari adalah wira dan wirawati negara!,” katanya dalam catatan Twitter beliau.

    Selepas menamatkan saingan 11 hari pada temasya sukan itu, kontinjen negara meraih tujuh emas, lima perak dan 12 gangsa untuk menduduki tangga ke-12 keseluruhan.

    Tuan rumah Australia muncul juara keseluruhan dengan mengumpul 80 pingat emas, 59 perak dan 59 gangsa diikuti England di tempat kedua dengan 45 emas, 45 perak dan 46 gangsa manakala India di kedudukan ketiga dengan 26 emas, 20 perak dan 20 gangsa. - Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " PM ucap Tahniah Atlet Negara Di Sukan Komanwel 2018 "