• PM Jumpa MB, Ketua Menteri

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Tuesday, 10 April 2018
    A- A+

    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengadakan pertemuan bersama menteri besar dan ketua menteri di kediaman rasmi, Kompleks Seri Perdana di Putrajaya, hari ini.

    Difahamkan, pertemuan itu dipercayai berkaitan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

    Tinjauan NSTP di hadapan pintu masuk Seri Perdana mendapati, kelihatan kenderaan rasmi Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron memasuki kawasan kompleks kira-kira 9 pagi.

    Seterusnya, kenderaan rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan memasuki perkarangan Kompleks Seri Perdana kira-kira 10 pagi.

    Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin juga dikatakan antara yang terawal tiba di kompleks berkenaan.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " PM Jumpa MB, Ketua Menteri "