• PKR Takut Kalah Teruk Di Santubong, Calon PAN Pula Jadi Taruhan

    Published: Wednesday, 11 April 2018
    A- A+

    Selepas kecewa hanya mendapat 3,719 undi menerusi Zulrusdi Mohamad Hol pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), PKR kali ini tidak berani meletakkan calon di Parlimen Santubong lagi.

    Sebaliknya calon dari Parti Amanah Negara (PAN) diletakkan untuk bertanding di parlimen tersebut yang merangkumi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu, DUN Pantai Damai dan DUN Demak Laut.

    Beberapa Pilihan Raya Umum (PRU) sebelum ini kawasan Parlimen Santubong agak sinonim dengan penglibatan PKR namun sekarang tidak lagi.

    Mungkin PKR menyedari parti tersebut tidak lagi diterima pengundi Santubong sehingga membenarkan PAN bertanding atau takut kalah lebih teruk lagi.

    Tidak mustahil juga PKR tidak mempunyai calon yang berkaliber untuk bertanding di Parlimen Santubong.

    Pada PRU13, Barisan Nasional (BN) menerusi Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menang besar dengan majoriti 20,936 undi mengalahkan Zulrusdi, Affendi Jeman (Bebas) dan Mura Kadir (STAR).-Sarawakiana




    Subjects:

  • No Comment to " PKR Takut Kalah Teruk Di Santubong, Calon PAN Pula Jadi Taruhan "