• PKR Diketepikan, DAP Mahu Letak Calon Di Parlimen Miri

    Published: Monday, 9 April 2018
    A- A+

    Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak ibarat hilang taring selepas Parlimen Miri yang merupakan satu-satunya kerusi parlimen milik parti pembangkang itu bakal dicantas Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak.

    Ia memberi tamparan hebat bukan sahaja kepada PKR Sarawak tetapi juga penyandang kerusi tersebut Dr Michael Teo yang telah dipilih pengundi Miri pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu.

    Memetik laporan The Borneo Post, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan, Wong King Wei berkata, mesyuarat kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) akan berlangsung hari ini (9 April) untuk membincangkan mengenai perkara itu sebelum pengumumuman rasmi dibuat.

    "Kita mendengar banyak permintaan penduduk Miri yang mahukan calon baharu bagi menggantikan Dr Teo," katanya.

    Beliau berkata, antara nama yang disebut-sebut menggantikannya adalah Baru Bian namun jika Pengerusi PKR Sarawak itu enggan bertanding, DAP mencadangkan Alan Ling Sie Kiong sebagai calon berpotensi.

    Malah Wong menjelaskan, Dr Teo masih berhasrat untuk bertanding namun keputusan muktamad adalah ditangan kepimpinan tertinggi PH.-Sarawakiana






    Subjects:

  • No Comment to " PKR Diketepikan, DAP Mahu Letak Calon Di Parlimen Miri "