• PH Sarawak Umum Calon Selepas Tarikh Pencalonan, Pengundian Diketahui

    Published: Tuesday, 10 April 2018
    A- A+

    Pakatan Harapan (PH) Sarawak hanya akan mengumumkan calon bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan tarikh hari pencalonan dan pengundian.

    Pengerusi PH Sarawak, Chong Chieng Jen berkata, tidak terdapat perbalahan mengenai pengagihan kerusi antara DAP Sarawak pimpinannya, PKR dan Amanah di negeri ini.

    Menurutnya, DAP Sarawak akan bertanding di sembilan kerusi melibatkan Bandar Kuching, Stampin, Sarikei, Sibu dan Lanang.

    Selain itu, parti yang berpengkalan di Semenanjung Malaysia itu juga akan meletakkan calon di Mas Gading, Serian, Bintulu dan Kapit.

    Amanah pula akan bertanding di Santubong, Kota Samarahan, Batang Sadong, Batang Lupar, Igan dan Tanjong Manis.

    Miri, Petra Jaya, Puncak Borneo, Sri Aman, Lubok Antu, Betong, Saratok, Julau, Kanowit, Mukah, Selangau, Hulu Rajang, Sibuti, Baram, Limbang dan Lawas akan ditandingi PKR.-Sarawakiana




    Subjects:

  • No Comment to " PH Sarawak Umum Calon Selepas Tarikh Pencalonan, Pengundian Diketahui "