• PH Sarawak Turut Jadikan 'Hari Rabu' Isu Besar

    Published: Wednesday, 11 April 2018
    A- A+


    Pakatan Harapan (PH) Sarawak yang diketuai oleh Chong Chen Jen (DAP) bagaikan terpaksa mengikut skrip pemimpin PH Semenanjung apabila turut menjadikan hari Rabu hari pembuangan undi sebagai modal politik.

    Skrip yang sama juga untuk menyalahkan Barisan Nasional tentang penetapan hari pembuangan undi sedangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkuasa penuh terhadap tarikh tersebut.

     DAP Sarawak bagaikan tiada isu negeri untuk diketengahkan dan asyik mengikuti sebarang isu daripada DAP pusat.

    Mengapa perlu dibawa masuk isu daripada PH Semenanjung jika Chong benar-benar ingin memperjuangkan kepentingan rakyat Sarawak ?

    Chong bagaikan tidak mampu menyuarakan pendapat sendiri kepada kepimpinan DAP pusat dan hanya mampu menerima arahan untuk mencipta isu di Sarawak. 

    Bagaimana Chong boleh menerajui pembangkang Sarawak sedangkan segala gerak kerja seakan dikawal dan agenda PH negeri untuk membangkitkan isu tempatan seperti tersekat sehingga hari rabu isu import dari PH pusat terpaksa dijadikan isu politik di Sarawak untuk PRU14.

    Subjects:

  • No Comment to " PH Sarawak Turut Jadikan 'Hari Rabu' Isu Besar "