• PH Sarawak Bertanding Guna Logo Masing-masing

    Published: Monday, 9 April 2018
    A- A+

    KUCHING: Gabungan Pakatan Harapan (PH) Sarawak yang diketuai DAP memutuskan untuk mengguna logo parti masing-masing bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14).

    PH Sarawak yang terdiri dari Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) membuat keputusan itu pada mesyuarat di sini hari ini.

    Keputusan tersebut diumumkan Pengerusi PH Sarawak Chong Chieng Jen, menerusi sidang media di Ibu Pejabat DAP sebentar tadi, yang turut dihadiri Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian dan Pengerusi PAN, Fidzuan Zaidi.

    “Kami telah bermesyuarat pagi ini dan memutuskan DAP akan menggunakan logo roket di Sarawak.

    “Manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (Amanah) masing-masing akan menggunakan logo PKR,” katanya

    Chong yang juga Pengerusi DAP Sarawak menjelasksan, situasi di Sarawak adalah berbeza dengan di Semenanjung Malaysia. Atas alasan itu, PH memutuskanuntuk kekal menggunakan logo roket bagi memaksimumkan peluang untuk menang.

    Sidang media itu turut mengumumkan keputusan agihan kerusi untuk PH di Sarawak yang memperlihatkan DAP akan bertanding di Sembilan kerusi iaitu, Mas Gading, Serian, Stampin, Bandar Kuching, Sibu, Lanang, Sarikei, Bintulu dan Kapit.

    PKR akan bertanding di 16 kerusi iaitu, Miri, Petra Jaya, Puncak Borneo, Sri Aman, Lubok Antu, Betong, Saratok, Julau, Kanowit, Mukah, Selangau, Hulu Rajang, Sibuti, Baram, Limbang dan Lawas.

    Sementara itu, parti PAN yang baru bertapak di negeri ini turut mengumumkan akan bertanding di enam kerusi iaitu Santubong, Kota Samarahan, Batang Sadong, Batang Lupar, Igan dan Tanjong Manis. – Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " PH Sarawak Bertanding Guna Logo Masing-masing "