• Pesawat Malindo Airlines Tergelincir Di Kathmandu

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Friday, 20 April 2018
    A- A+


    KATHMANDU - NEPAL.Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan di Kathmandu terpaksa ditutup hari ini selepas sebuah pesawat dari Malaysia yang membawa 139 penumpang tergelincir ketika mahu berlepas.

    Tiada sebarang kecederaan dilaporkan namun semua penerbangan menghala ke Kathmandu terpaksa mengubah haluan sementara pihak berkuasa mengalihkan pesawat Boeing 737 milik Malindo Airlines yang tersekat di dalam lumpur.

    Menurut jurucakap lapangan terbang, Prem Nath Thakur, penerbangan ke Kuala Lumpur itu hampir berlepas lewat malam tadi apabila juruterbang mengesan masalah teknikal pada pesawat dan membatalkan penerbangan.

    Pesawat itu terbabas ke bahagian berumput dan tersekat di dalam lumpur kira-kira 30 meter dari landasan.

    "Semua penumpang pesawat itu terselamat," kata Thakur sambil menambah, punca masalah masih belum diketahui.

    Insiden tersebut berlaku sebulan selepas pesawat US-Bangla Airways terhempas dan meragut 51 nyawa di lapangan terbang sama.- AFP (Translated by SInar Harian)

    Subjects:

  • No Comment to " Pesawat Malindo Airlines Tergelincir Di Kathmandu "