• Peruntukan RM290 Juta Program 1Malaysia 1Harga

    Published: Thursday, 5 April 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM290 juta bagi Program 1Malaysia 1Harga yang bertujuan memastikan rakyat di Sarawak, Sabah dan Labuan menikmati barangan keperluan pada harga yang sama seperti di Semenanjung Malaysia.

    Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Henry Sum Agong berkata, kerajaan berjaya mengekalkan beberapa harga barangan keperluan sejak program itu dilaksanakan pada Februari 2013.

    “Antara barangan keperluannya adalah gula sebanyak RM2.95 sekilogram, tepung gandum (RM1.35 sekilogram) dan minyak masak (RM2.50 sekilogram) sama seperti di Semenanjung Malaysia,” katanya ketika menjawab soalan Senator Prof. Datuk Dr. Sim Kui Hian dalam sesi soal jawab sidang Dewan Negara, hari ini.

    Kui Hian meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan menyatakan tahap pencapaian Program 1Malaysia 1Harga dalam usaha menyeragamkan harga barangan demi meningkatkan kualiti hidup rakyat di luar bandar dan pedalaman terutamanya di Sarawak. – UTUSAN ONLINE


    Subjects:

  • No Comment to " Peruntukan RM290 Juta Program 1Malaysia 1Harga "