• Pertembungan 3 Penjuru Di Kerusi Petra Jaya

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Saturday, 28 April 2018
    A- A+

    KUCHING: Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bagi kerusi Parlimen Petra Jaya pada hari ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

    Misi BN bagi mengekalkan kerusi Parlimen tersebut digalas calonnya, Dato Sri Fadillah yusof manakala PAS diwakili Hamdan Sani dan PKR, Datuk Ir Dr. Noh Irwan Ahmat Nor.

    Ketiga- tiga calon kerusi Parlimen tersebut tiba di Dewan Al-Muneerah, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Petra Jaya di sini, untuk proses penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pagi ini.

    Calon BN yang juga penyandang, Datuk Seri Fadillah Yusof memasuki dewan penamaan tepat pukul 9 pagi tadi.

    Pada PRU13 Fadillah memenangi kerusi Petra Jaya dengan majoriti 21,443 menewaskan Ahmad Nazib Johari dari Parti Keadian Rakyat yang hanya mendapat undi sebanyak 8,116. – Sarawakiana



  • No Comment to " Pertembungan 3 Penjuru Di Kerusi Petra Jaya "