• Persoalan Yang Perlu Dijawab Oleh Pembangkang

    Published: Friday, 13 April 2018
    A- A+
    Saya mempunyai satu soalan kepada pembangkang.

    Sebelum 2013, pembangkang membuat kenyataan setiap beberapa bulan menyerang kerajaan dengan menyatakan perjanjian IPP yang berat sebelah menyebabkan Malaysia kerugian RM30 bilion setiap tahun kepada kroni.

    Individu yang lazim membuat kenyataan ini adalah Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Tony Pua, Wong Chen dan lain-lain.

    Kerugian antara RM20 bilion hingga RM30 bilion setiap tahun.

    Selepas 2013, pembangkang tidak lagi membuat kenyataan itu. Mengapa?

    Ia kerana perjanjian berat sebelah IPP itu adalah masalah legasi dicipta Dr Mahathir sudah berjaya diselesaikan.

    Berikut adalah bagaimana ia diselesaikan:

    1MDB membeli kebanyakan IPP ini pada 2010 hingga 2012 bagi menyertai industri janaan tenaga persendirian dan menjadi syarikat IPP kedua terbesar di Malaysia.

    Kemudian pada September 2012, kerajaan mengendalikan tender terbuka buat pertama kalinya dalam sejarah bagi Perjanjian Pembelian Tenaga IPP. 1MDB adalah pembida terendah bagi setiap pembaharuan IPP, menyebabkan pembida lain untuk mengikut langkah, sekaligus menyelesaikan perjanjian berat sebelah buat selamanya.

    1MDB bekerjasama dengan kerajaan turut menyelamatkan wang negara antara RM20 bilion hingga RM30 bilion setiap tahun (berdasarkan angka Pakatan), atau antara RM400 bilion hingga RM600 bilion bagi tempoh 20 tahun akan datang.

    Bukti bahawa masalah perjanjian berat sebelah ini berjaya diselesaikan dapat dilihat pada pengurangan subsidi gas dari Petronas kepada IPP melalui laporan tahunan mereka selain keuntungan dianggap ‘pecah rekod’ Tenaga Nasional Berhad setiap tahun sejak 2012.

    Faktanya, pembangkang tidak lagi membuat bising terhadap isu ini sekaligus ia boleh diterima sebagai bukti namun anda tidak akan menerima sebarang pujian terhadap kejayaan 1MDB mahupun kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, menyelesaikan masalah ini.

    Sekarang, soalan saya adalah:

    Jumlah hutang 1MDB ketika ini ialah RM30 bilion, dengan sandaran kepada aset yang meningkat nilai serta hutang itu adalah tempoh panjang di mana bayaran terakhir adalah pada tahun 2039.

    Maka, bagaimana agaknya Malaysia boleh jadi bankrap ketika kita kerugian RM20 bilion hingga RM30 bilion setiap tahun (ekoran perjanjian berat sebelah IPP zaman Dr Mahathir) tetapi kita akan bankrap ekoran hutang 1MDB berjumlah RM30 bilion sebagaimana didakwa pembangkang?

    Saya menanti Pakatan untuk menjawab persoalan ini.

    Tulisan: Eric See-To.

    #ManifestoBN #BR1M
    #jomBN #DahulukanRakyat #BersamaBN
    #HebatkanNegaraku

    Subjects:

  • No Comment to " Persoalan Yang Perlu Dijawab Oleh Pembangkang "