• Perlembagaan Bakal Dipinda

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Thursday, 26 April 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Kerajaan berhasrat meminda Perlembagaan negara bagi membolehkan lebih ramai go­longan wanita be­rada di Dewan Negara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Perdana Menteri berkata, martabat wanita wajar diangkat tinggi ke­rana mereka adalah tonggak kepada pembangunan negara ini.

    “Kita akan pinda Perlembagaan, insya-Allah Dewan Negara 30 peratus minimum (milik) wanita,” kata­nya ketika berucap dalam Himpunan Ratu Hati Negaraku di sini hari ini.

    Perdana Menteri membuat kejutan apabila hadir ke Himpunan Ratu Hati Negaraku anjuran Pergerakan Wanita UMNO di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini.

    Beliau yang tiba kira-kira pukul 9.45 malam disambut dengan lau­ngan Hebat Negaraku daripada kira-kira 5,000 ahli Wanita Barisan Nasio­nal (BN) yang hadir ke majlis tersebut.

    Terdahulu Pengerusi Wanita BN, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil me­nyampaikan ucapan untuk menyokong Manifesto BN untuk wanita yang dilancarkan Najib pada 7 April lalu.

    Hadir sama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

    Najib menambah, wanita kini bukan sahaja memainkan peranan sebagai isteri atau ibu, sebaliknya peranan mereka perlu diperluas terutama dalam bidang membuat keputusan.

    “Kita tambah lagi peluang wanita naik pangkat, kita akan tambah le­bih banyak peluang jadi usahawan.

    “Kita juga akan pastikan martabat wanita akan terus diperjuangkan oleh BN,” katanya.- Utusan Online

    Subjects:

  • No Comment to " Perlembagaan Bakal Dipinda "