• Perlawanan 3 Penjuru Di Kerusi Batang Sadong

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Saturday, 28 April 2018
    A- A+

    SIMUNJAN: Calon kerusi Parlimen Batang Sadong, Dato’ Sri Nancy Shukri tiba di Dewan Simunjan di sini pukul 8.30 pagi ini.

    Beliau diiringi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong, Datuk Haji Naroden Matjais dan ADUN Sadong Jaya, Aidel Lariwoo bersama kira-kira 2,500 penyokong Barisan Nasional (BN).

    Persaingan Pilihan Raya Umum ke -14 (PRU14) di P200 Batang Sadong menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kawasan yang majoritinya adalah Melayu (69%) dan Iban (23%).

    Jumlah pengundi berdaftar di P200 Batang Sadong ialah 21, 784 orang. - Sarawakiana
  • No Comment to " Perlawanan 3 Penjuru Di Kerusi Batang Sadong "