• Perintah Henti Kerja Dikeluarkan Jika Kemalangan Di Tapak Pembinaan Pan Borneo - Riot

    Published: Friday, 13 April 2018
    A- A+

    SERIAN: Perintah pemberhentian kerja akan dikeluarkan serta-merta jika berlaku kemalangan di tapak projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot.

    "Sebaik sahaja menerima aduan, pihak berkuasa akan bertindak dalam masa tiga jam di tempat kejadian untuk menyiasat punca kemalangan.

    "Kami akan mengambil tindakan tegas dengan segera," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Hari Terbuka Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Sekolah dan Projek Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak 2018 di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua di sini hari ini.

    Beliau berkata, setakat ini tiada laporan mengenai kemalangan di tapak pembinaan Pan Borneo.

    "Jika ada laporan diterima, pihak berkuasa tidaj akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas pemaju yang mengabaikan aspek keselamatan di tapak binaan dan tidak mematuhi undang-undang," kata beliau.-Bernama
  • No Comment to " Perintah Henti Kerja Dikeluarkan Jika Kemalangan Di Tapak Pembinaan Pan Borneo - Riot "