• Perdana Menteri Najib telah membuktikan rekod prestasinya. Apakah yang boleh ditawarkan oleh pembangkang yang berpecah-belah?

    Published: Friday, 13 April 2018
    A- A+
    Tulisan asal oleh:
    Sholto Byrnes, The National, 10 April 2018

    Pilihanraya di Malaysia sering menimbulkan kepentingan yang tidak seimbang untuk negara yang mempunyai populasi hanya melebihi 30 juta. Kali ini, pilihan raya pada 9 Mei telah menimbulkan tumpuan khusus kerana mereka akan meletakkan Perdana Menteri Najib Tun Razak menentang PM sebelumnya, Dr Mahathir Mohamad, yang bukan sahaja berhutang kerjaya politiknya kepada bapa Najib (Perdana Menteri Malaysia kedua tetapi juga merupakan pemimpin negara selama 22 tahun sehingga 2003. Beliau juga akan menjadi perdana menteri tertua di dunia jika beliau menang pada usia 92 tahun, setelah menukar jurang politik dan menjadi calon PM untuk pembangkang.

    Analisis Barat mengenai politik Malaysia telah terlalu lama dibuat secara terlalu sederhana. Barisan Nasional (BN) yang telah mentadbir selama berdekad-dekad dianggap konservatif, terlalu fokus terhadap kepentingan khusus dan - terutamanya ketika tempoh pemerintahan Dr Mahathir - ditandai oleh autoritarian yang kuat.

    Sebaliknya pembangkang digambarkan sebagai reformis liberal, terutamanya sejak pemecatan dan kemudiannya pemenjaraan Timbalan kepada Dr Mahathir ketika itu, Anwar Ibrahim, pada 1998, yang mana selepas itu Anwar menjadi pemimpin pembangkang dan, kepada penggalak seperti neokonservatif Paul Wolfowitz, satu ikon hak asasi manusia.

    Kebenarannya adalah lebih rumit. BN adalah gabungan parti berasaskan bangsa yang diketuai oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Oleh kerana semua parti di kedua-dua belah pihak bergantung kepada undi etnik tertentu, BN telah mengamalkan politik yang lebih komunal, bersifat komuniti dan kurang liberal berbanding apa yang pengkritik barat mungkin suka tetapi walaupun begitu, ia adalah pilihan konsisten rakyat Malaysia.

    Selain itu, sebagai ketua BN dan berkhidmat sejak 2009, Najib mempunyai rekod prestasi yang boleh diadili - dan beliau mahu rakyat Malaysia untuk berbuat sedemikian. Beliau mewujudkan 2.7 juta peluang pekerjaan, pertumbuhan hampir 6% tahun lepas, hampir menghapuskan kemiskinan dan pelbagai statistik lain yang menjelaskan mengapa Bank Dunia dan IMF mengeluarkan laporan yang positif setiap kali mereka melawat negara itu.

    Pengundi dan pelabur antarabangsa tahu apa yang akan mereka dapat sekiranya BN menang - jenis dasar pro-perniagaan yang menyebabkan Tony Fernandes dari Air Asia menamakan Najib sebagai 'bapa perjalanan udara tambang rendah'; penekanan terhadap inovasi dan pemberdayaan wanita; hubungan yang kukuh dengan China dan dasar asing yang ke arah luar dan kesungguhan untuk menentang radikalisasi dan keganasan yang diterangkan oleh Narendra Modi dari India sebagai "satu inspirasi untuk seluruh rantau".

    Apa yang boleh dijangkakan sekiranya Pakatan Harapan (PH) menang masih tidak jelas kerana mereka tidak pernah memenangi pilihan raya umum walaupun Pakatan Rakyat (PR) yang sebelum ini telah menguasai negeri-negeri kaya iaitu Selangor dan Pulau Pinang secara agak kompetitif sejak 2008.

    Anwar adalah pemimpin PR sehingga baru-baru ini (walaupun beliau telah dipenjarakan kerana meliwat sejak Februari 2015) dan berjaya mempamerkan imej sederhana dan moden kepada pemerhati antarabangsa yang bersedia untuk melupakan masa lalu sebagai pemimpin Islam dan kaitan jangka panjangnya dengan orang seperti Yusuf Al Qaradawi dan Tariq Ramadan (yang sering dituduh, sama seperti Anwar, sebagai mempunyai sikap lain di khalayak barat dan sikap yang berbeza yang lebih radikal kepada orang bukan barat).

    Masalahnya, bagaimanapun, agak jelas. Pakatan itu mempunyai PKR (Parti Keadilan Rakyat) Anwar yang dikuasai Melayu, DAP (Parti Tindakan Demokratik) yang dikuasai Cina dan PAS yang cenderung kepada Islam. Mereka masing-masing mempunyai nilai mereka sendiri tetapi semuanya mempunyai visi untuk Malaysia yang sangat berbeza dan bertentangan. Seperti yang dikatakan kolumnis sayap kiri dan penulis Martin Jacques, ini adalah "kombinasi yang tidak sesuai, tidak sepatutnya dan meresahkan. Kredibiliti pembangkang sangat tidak sempurna".

    Akhirnya DAP memecahkan pakatan itu kerana menentang hasrat PAS untuk memperkuatkan syariah. Parti baru, Amanah, parti serpihan dari PAS kemudian menyertai PKR dan DAP. Kemudian Dr Mahathir, yang telah cuba menyingkirkan Najib dari jawatan Perdana Menteri selama beberapa tahun (lama sebelum ada yang mendengar mengenai 1MDB), menyertai pembangkang dan mengasaskan sebuah parti baru. Walau bertentangan dengan pembangkang yang sangat terkenal dengan kepelbagaian kaumnya, jentera baru Dr Mahathir bagaimanapun adalah untuk orang Melayu sahaja.

    Jadi gabungan baru itu mengandungi parti yang mengagungkan Melayu, Cina progresif, moderat Islamis, sosialis India, serta kontinjen bekas ahli politik UMNO yang tidak berpuas hati. Ketidaksesuaian dan keadaan yang tidak menentu kekal.

    Terdapat ahli politik yang idealistik dan mengagumkan dalam PH. Tetapi secara keseluruhan, ucapan mereka tentang pembaharuan institusi tidak mantap apabila PH kini dipimpin oleh Dr Mahathir, lelaki yang dituduh oleh pembangkang orang yang sebenarnya melemahkan mereka. Ahli-ahli ekonomi telah banyak mengejek manifesto mereka, dengan anak syarikat Fitch mengatakan "semua janji-janjinya" adalah "populis", memudaratkan negara dan "boleh menggugat hubungan dengan China".

    Malah, terdapat hakikat bahawa banyak sekutu baru Dr Mahathir dipenjarakan di bawah pemerintahannya. Kedua-dua beliau dan rakan-rakannya mempunyai sejarah yang sangat lama dalam memanggil masing-masing sebagai bersifat perkauman, menuduh masing-masing sebagai memperkaya kroni masing-masing dan dengan tegas menentang dasar masing-masing.

    Kurang daripada lima tahun yang lalu, DAP Lim Kit Siang menulis "Mahathir mahu saya mati", menuduh beliau "politik yang paling hina dan tidak bermoral". Tiga tahun kemudian, Dr Mahathir merungut tentang "tingkah laku tidak bermoral" Anwar dan berkata pada umur 68 tahun, Anwar sudah terlalu tua untuk menjadi perdana menteri.

    Kini ketiga-tiga mereka nampaknya adalah kawan baik dan akan mendapatkan Anwar pengampunan diraja sekiranya PH menang supaya beliau boleh mengambil alih jawatan teratas dari lelaki berusia 92 tahun itu.

    Kajian pendapat adalah jarang di Malaysia dan pilihan raya akan datang menjadi semakin rumit kerana hakikat bahawa PAS meletakkan calon di lebih daripada separuh kawasan pilihan raya, menjadikan pilihan raya ini pertandingan tiga penjuru yang tidak boleh diramal. Tetapi jika benar bahawa “oppositions don’t win elections – governments lose them”, mungkin bahawa undi yang akan datang Malaysia mungkin membuktikan sebaliknya. Bukan secara sengaja seorang pengulas yang bersimpati pernah melabelkan pembangkang Malaysia “the gang that couldn’t shoot straight” - dan tembakan mereka tidak kelihatan lebih tepat kali ini.

    -
    Sholto Byrnes adalah penganalisis di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia.

    Artikel ini mula-mula muncul di The National.

    Link asal artikel:
    https://www.thenational.ae/opinion/comment/divisions-are-never-far-below-the-surface-in-malaysia-s-complex-political-alliances-1.720355

    Subjects:

  • No Comment to " Perdana Menteri Najib telah membuktikan rekod prestasinya. Apakah yang boleh ditawarkan oleh pembangkang yang berpecah-belah? "