• Pengusaha Difitnah Warga Bangladesh Kesal, Sudahlah Tak Bantu, Fitnah Pula

    Reporter: Admin
    Published: Friday, 13 April 2018
    A- A+
    Seorang pengusaha bengkel yang menjadi mangsa fitnah dalam media sosial hari ini tampil menjelaskan perkara sebenar. Dia bukannya warga asing dari Bangladesh seperti yang didakwa dalam akaun Facebook berkenaan.

    Sebaliknya, Azmi Abdul Malik berkata, dia adalah rakyat Malaysia dan mengusaha bengkel di Taman Medan. Kehadiran Naib Ketua UMNO Petaling Jaya Selatan, Datuk Abdul Mutalif Abdul Rahim ke tapak bengkel itu adalah bagi memberikan sumbangan sebanyak RM3,000 selepas bengkel itu terbakar, Isnin lalu.

    Azmi yang menetap di Taman Medan sejak dari 1990, mempunyai tiga anak dengan dua daripadanya menghidap penyakit manakala isterinya pula tidak bekerja.

    Hanya bengkel itulah sahaja sumber pendapatan utamanya. Sedih dan terkilan kerana difitnah sebagai warga asing Bangladesh, Azmi berkata:

    “Tak dapat bantu saya, jangan buntukan saya. Saya sendiri sedang bersusah payah nak majukan diri dan keluarga saya. Bila dibantu, diberi pula ayat-ayat menyedihkan.

    “Saya harap janganlah perkara ini berulang, bantu saya, jangan buntukan saya. Setidaknya dapat kurangkan beban saya,” kata Azmi ketika ditemui media tadi.

    Dalam pada itu, Azmi menggesa agar orang ramai tidak lagi ‘menyusahkan’ hidup beliau dan keluarganya menerusi video fitnah yang menjadi tular itu.

    Dalam kejadian Isnin lalu, bengkel miliknya mengalami kebakaran dan menerusi laporan forensik bomba menyatakan bahawa kebakaran berlaku disebabkan masalah lintar pintas daripada bateri motorsikal. - SuaraTV

    #fitnah
    #Tipu
    #HarapanPalsu
    #BersamaBN
    #JomBN

    Subjects:

  • No Comment to " Pengusaha Difitnah Warga Bangladesh Kesal, Sudahlah Tak Bantu, Fitnah Pula "