• Penerbangan tergendala gara-gara pesawat Malindo Air terlajak landasan

    Reporter: Admin
    Published: Friday, 20 April 2018
    A- A+
    PETALING JAYA: Sebuah penerbangan Malindo Air terlajak landasan sebelum berlepas di lapangan terbang di Kathmandu, Nepal pada Khamis malam.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat, Malindo Air mengesahkan bahawa pesawat yang menuju ke Kuala Lumpur itu terlajak di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribuvan.

    Syarikat penerbangan itu turut mengesahkan semua 132 penumpang dan kru pesawat OD181 berjaya diasingkan dengan selamat serta tiada kecederaan dilaporkan berlaku.

    "Bantuan kepada penumpang terjejas seperti makanan dan penginapan sudah diuruskan, begitu juga jadual penerbangan seterusnya.

    "Syarikat kami amat menyesali sebarang ketidakselesaan yang berlaku terhadap penumpang yang terjejas akibat insiden ini," kata kenyataan tersebut.

    Malindo Air turut menjalankan siasatan lanjut dengan segera bagi membetulkan situasi susulan kejadian tersebut.-MSTAR

    Subjects:

  • No Comment to " Penerbangan tergendala gara-gara pesawat Malindo Air terlajak landasan "