• Pendidikan dapat keutamaan tertinggi di Malaysia

    Reporter: Admin
    Published: Sunday, 29 April 2018
    A- A+

    PEKAN – Perbelanjaan dalam bidang pendidikan Malaysia adalah dua kali ganda berbanding dengan negara-negara Asia yang lain, kata Perdana Menteri.

    “Jika hendak hitung jumlah subsidi kepada pelajar adalah begitu besar yang kadang-kadang kita tidak merasai atau mengetahui tidak ada apresiasi jumlah besar buat murid dan pelajar dalam sistem pendidikan negara.

    “Bagi sekolah rendah pukul rata lebih RM8,000 ditanggung kerajaan bagi setiap murid setahun. Murid sekolah menengah pula hampir RM9,00 dan institusi pengajian tinggi awam lebih 90 peratus pengajian ditampung oleh kerajaan,” kata Datuk Seri Najib Razak.

    Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Hari Guru dan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Pekan di Dewan Canselori, Universiti DRB-Hicom di sini hari ini.

    Menurut Najib, bidang pendidikan dapat keutamaan tertinggi dalam susunan kerajaan menerusi prinsip pendemokrasian.

    Perdana Menteri berkata, ia dibuktikan apabila sebanyak RM56 bilion diperuntukan dalam bidang pendidikan pada tahun 2018.

    Mengulas lanjut, Najib memberitahu
    komiten kerajaan begitu tinggi kerana pendidikan penting untuk mengubah nasib anak bangsa atau insan untuk membezakan antara mereka pada masa depan.

    Kerajaan bukan semata-mata menyediakan peluang pendidikan sebaliknya kesungguhan yang murid untuk mencapai kejayaan.

    “Bukan peluang dapat pendidikan semata-mata tapa ada kesungguhan yang diimpi mereka.

    “Bukan juga terhad kepada sosial ekonomi di mana dia berada, dari segi warna kulit atau taraf sosial namun daya keinginan yang beza pelajar untuk cemerlang atau sebaliknya.

    “Ini jauh beza dengan negara maju lain maju atau negara sedang membangun.

    “Saya sebagai ketua kerajaan bangga dengan prinsip pendekromasian pendidikan di mana taraf atau kualiti atau akses kini jadi jadi milik semua rakyat Malaysia,” katanya. – theRakyat

    Subjects:

  • No Comment to " Pendidikan dapat keutamaan tertinggi di Malaysia "