• Pencapaian PM Najib sepanjang lima tahun

    Published: Friday, 6 April 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak sepanjang lima tahun lepas telah mencapai banyak kejayaan termasuk dalam sektor sosial, ekonomi dan di peringkat antarabangsa demi faedah rakyat.

    Berikut adalah antara pencapaian utama perdana menteri:

    Kejayaan di sektor sosial:

    *

    Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

    Ditingkatkan kepada RM1,200 dan 7.22 juta rakyat mendapat manfaat.



    *

    Mengurangkan kadar kemiskinan sebanyak 0.4 peratus pada tahun 2016.

    *

    2.26 juta pekerjaan baharu diwujudkan

    *

    Perumahan Mampu Milik

    Sasaran membina 1 juta unit


    241,255 unit siap dibina setakat April 2017
    280,992 unit sedang dibina


    589,381 unit dalam perancangan untuk dibina


    *

    120,000 warga emas terima manfaat program saraan hidup RM300 sebulan dan Program Wang Saku RM30 sebulan.

    *

    155,930 OKU terima manfaat melalui pemberian elaun pekerja, bantuan latihan kanak-kanak OKU dan bantuan OKU tidak berupaya bekerja.

    *

    74,803 keluarga terima manfaat Program Bantuan Keluarga Miskin

    *

    8,625 belia terima manfaat daripada 214 latihan kemahiran.

    *

    1,436 usahawan belia terima manfaat daripada program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE).

    *

    1,424 syarikat milik usahawan belia ditubuhkan, 3,257 peluang pekerjaan diwujudkan.

    *

    Seramai 26,879 belia terima manfaat daripada Program Kepimpinan Belia termasuk Parlimen Belia Malaysia dan Felo Perdana.

    *

    Enam pusat kanser dibina di lima zon di seluruh negara. 116,290 pesakit telah menerima rawatan.

    *

    206,168 pesakit jantung terima rawatan di 11 pusat jantung yang dibina di seluruh negara.

    *

    RM50 juta diperuntukkan setiap tahun bagi menanggung rawatan hemodialisis di seluruh negara. 54,784 pesakit terima rawatan dari 2010-2015.

    *

    Pusat Transformasi Bandar (UTC)

    20 UTC dibina di seluruh negara


    Manfaat 54.5 juta pengunjung


    *

    Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC)


    12 RTC di bina di seluruh negara termasuk tiga di Sarawak

    *

    Pembinaan jalan luar bandar sepanjang 4,782.8 km, memanfaatkan 2.9 juta penduduk

    *

    Projek MRT sepanjang 51km dengan kemampuan membawa 400,000 penumpang sehari. 1.2 juta rakyat dapat manfaat.

    *

    Memberi nafas baharu kepada Sungai Klang dan Sungai Gombak melalui program River of Life.

    *

    Pengenalan Indeks Syariah Malaysia berasaskan Maqasid Syariah.

    *

    Peningkatan kuota jemaah Haji kepada 30,200 orang pada tahun 2017.

    *

    Peningkatan biasiswa untuk pelajar Malaysia belajar di Arab Saudi.

    *

    Seramai 1,417 huffaz berjaya ditauliahkan dari 2012-2015.

    *

    Penyelarasan Dasar Tahfiz Negara.

    *

    Seramai 33,000 Guru KAFA terima manfaat daripada kenaikan elaun kepada RM900.

    Kenaikan elaun Imam kepada RM850, manfaatkan 15,000 orang.


    Kenaikan elaun Bilal dan Siak kepada RM500, manfaatkan 16,000 orang.


    *

    Lahirnya usahawan hijau tempatan melalui Skim Pembiayaan Teknologi Hijau.

    *

    Penurunan kadar jenayah sebanyak 23 peratus.

    *

    Sasaran 30 peratus penyertaan wanita sebagai pembuat keputusan pada akhir tahun 2016 tercapai.

    *

    Seramai 1,446 wanita berada di pengurusan atas setakat tahun 2016.

    Kejayaan membentuk ekonomi yang mampan, dinamik dan inovatif:

    *

    Negara terbaik untuk pelaburan asing (FDI) bagi tahun 2017.

    *

    Negara kedua terbaik di Asia Tenggara dan ke-33 dunia dalam Laporan Pembangunan Modal Insan 2017 oleh Forum Ekonomi Dunia.

    *

    Kedudukan ketiga daripada 137 ekonomi dunia untuk kekuatan perlindungan pelabur.

    *

    Kedudukan ke-23 daripada 137 negara untuk daya saing global.

    *

    Penarafan A- oleh Fitch Ratings dan A3 oleh Moody's, dengan unjuran stabil bagi ekonomi Malaysia.

    Pencapaian di peringkat antarabangsa:

    *

    Memenangi kerusi tidak tetap Majlis Keselamatan PBB untuk tempoh 2015-16.

    *

    Menjadi pemudah cara bagi rundingan damai di Selatan Thailand.

    *

    Kejayaan rundingan dengan pihak pemimpin kanan pemberontak di Ukraine untuk mendapatkan semula kotak hitam pesawat MH17.

    *

    Lawatan kerja ke Amerika Syarikat atas jemputan Presiden Donald Trump pada September 2017.

    *

    Penerimaan resolusi Malaysia mengenai kesederhanaan oleh PBB pada 11 Dis 2017.

    -- BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Pencapaian PM Najib sepanjang lima tahun "